Ahad, 12 Julai 2009

Belajar di Pusat Tuisyen Banyak Mendatangkan Faedah Kepada Pelajar (perbahasan)

*alamat, tarikh, tanda tangan dan permulaan perenggan mengikut format karangan


Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, barisan penentang saya, serta hadirin sekalian. Saya setakat ini tidak mahu berganjak dari keputusan saya dan tidak menyokong tajuk perbahasan kita kali ini iaitu ‘Belajar di Pusat Tuisyen Banyak Mendatangkan Faedah Kepada Pelajar’.

Hadirin sekalian,
Belajar di pusat tuisyen dapat memberi banyak peluang kepada pelajar untuk berkenalan khasnya bertukar-tukar fikiran dengan pelajar dari sekolah yang berlainan. Pelajar juga berpeluang bertukar-tukar kertas ujian atau kertas soalan peperiksaan. Hal ini dapat membantu pelajar tersebut mempelbagaikan kemahiran dan latihan belajar.

Seterusnya, pusat tuisyen juga menyediakan guru yang lebih pakar dalam sesebuah mata pelajaran yang diajar. Ada antaranya ialah guru pakar, guru cemerlang atau pun penanda kertas. Guru-guru tersebut juga mempunyai teknik pengajaran yang amat baik. Kebiasaanya guru-guru di tempat tuisyen berusaha memudahkan pelajar memahami apa yang diajar. Kebanyakan guru-guru pusat tuisyen tidak akan mengajar apa-apa yang difikirkannya tidak keluar dalam peperiksaan. Kalau dibandingkan dengan suasana di sekolah amatlah berbeza.

Selain itu, di pusat tuisyen pelajar lebih berpeluang untuk berbincang dengan guru tersebut. Kebanyakan perbincangan tersebut pula dalam bentuk kumpulan atau secara individu. Berbanding dengan pelajar yang tidak berpeluang di pusat tuisyen, masa untuk berbincang dengan guru-guru di sekolah agak terhad. Antara sebabnya adalah kerana guru tersebut terpaksa ke kelas lain. Andai ada masa terluang sekalipun, guru-guru di sekolah amat sibuk dengan aktiviti guru seperti menanda buku pelajar atau kertas ujian pelajar.

Para hadirin yang dihormati sekalian,
Berdasarkan hujah-hujah yang diberikan, kami sememangnya terus tidak menyokong tajuk perbahasan kita iaitu ‘Belajar di Pusat Tuisyen Banyak Mendatangkan Faedah Kepada Pelajar’. Untuk itu saya sudahi hujah saya dengan lafaz salam dan terima kasih.

Khamis, 2 Julai 2009

Karangan surat kiriman tidak rasmi

*permulaan karangan,alamat,tarikh,tanda tangan mengikut format


Soalan: Anda menerima surat daripada rakan anda yang telah berpindah ke
sekolah lain. Di dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda bagi menghadapi UPSR.
Balas surat rakan anda itu dan ceritakan usaha-usaha anda menjelang peperiksaan tersebut.



No. 8, Taman Setia Budi,
67500 Batu Kikir,
Negeri Sembilan.

5 April 2009.

Menemui sahabatku yang diingati selalu, Mia yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera.

Saudara,
Surat saudara telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya.

Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan.

Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.

Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan yang bersekolah di Kuala Lumpur.

Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar dan kem motivasi untuk calon-calon UPSR. Kami banyak mendapat pendedahan tenteang cara-cara belajar yang betul.

Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga.

Sahabatmu,

Ifah
(Norafifah bt. Khairul Salleh)

Karangan Laporan

Soalan: Baru-baru ini, sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Kamu telah ditugaskan menulis laporan tentang kejohanan itu untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Sediakan laporan itu selengkapnya.


Laporan Kejohanan Sukan Tahunan


Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.

Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai aksi murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan membawa bola pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara olahraga bermula dengan acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter.

Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa rehat, pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do sekolah. Kemudian murid-murid tahun 1 pula telah membuat persembahan senamrobik.

Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Amirul Anuar dan adik Nur Amni sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.

Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini. Sebelum bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan padang. Kejohanan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, 30 MAC 2009

Ifah
(NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH)
Wartawan,
Majalah sekolah,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.

Selasa, 23 Jun 2009

Karangan Bahasa Malaysia UPSR Bahagian B

Soalan: Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai di kelas Tahun Satu Jupiter, aku terdengar seorang budak sedang menangis. Aku pun…
Mulakan karangan kamu dengan rangkai kata “Aku pun…”


Aku pun menghampiri budak itu. Dia kelihatan amat sedih dan cuba menyembunyikan mukanya agar aku tidak dapat memandang wajahnya.

“Mengapa kamu menangis?” aku bertanya perlahan. Pertanyaanku tidak dijawab oleh budak itu.Aku cuma dapat mengagak mungkin dia masih berasa takut. Maklumlah baru tiga hari bersekolah. Dahulu, aku pun mengalami perasaan sedemikian.

“Kak, saya berasa lapar. Nasi yang dibekalkan oleh ibu saya telah tertumpah. Saya hendak ke kantin, tapi saya takut,” tiba-tiba budak itu bersuara perlahan. Pada saat itu juga aku terpandang nasi bertaburan di bawah kerusinya.

Aku pun berasa kasihan melihatnya. Tanbahan pula, kejadian ini pernah menimpa diriku kira-kira lima tahun yang lalu. Aku pun mengajaknya pergi ke kantin sekolah untuk membeli makanan.

Sampai di kantin, aku membelikannya sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. Kemudian aku menyuruh budak itu makan. Budak itu pun makan dengan begitu berselera. Mungkin lapar agaknya.

Setelah selesai makan, budak itu pun mengucapkan terima kasih kepadaku kerana sudi membelanjanya di kantin. Tidak lama kemudian, loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Kami pun beriringan menuju ke tempat perhimpunan sebelum beratur masuk ke kelas masing-masing.

UPSR essay Section C Paper 2

Section C (paper two)

Write a story about the day a boy sat for his examination. You may use the words given to help you. Write your answer in the space provided.

(a) - examination - late - revising - night - quickly - uniform-
(b) - not - time - breakfast - rushed - got - bus -
(c) - test - weak - not - concentrate -
(d) - completed - not - well - regretted - promised - better-


The story is about a boy sat for his examination. He is my friend Amin. He likes to play the fool and does last minute study. This is what happened to him during the examination.

It was the day of PKSR1 examination. Amin got up late that morning. He was revising his lesson until late night. So, he quickly put on his school uniform without bathing.

He did not have time to breakfast . He rushed out and hurriedly got into the yellow school bus. During the English test, he could not concentreate.

He managed to complete the paper but he did not do it very well. He regretted and promised to himself to do it better in the next examination.

The moral value of this story is, we must do preparation before sitting the examination.

Isnin, 22 Jun 2009

Pertandingan Bercerita Zon Kamunting 2009


Saya merupakan peserta yang menyandang tempat kedua dalam pertandingan ini.