Khamis, 2 Julai 2009

Karangan surat kiriman tidak rasmi

*permulaan karangan,alamat,tarikh,tanda tangan mengikut format


Soalan: Anda menerima surat daripada rakan anda yang telah berpindah ke
sekolah lain. Di dalam suratnya, dia bertanyakan persiapan anda bagi menghadapi UPSR.
Balas surat rakan anda itu dan ceritakan usaha-usaha anda menjelang peperiksaan tersebut.



No. 8, Taman Setia Budi,
67500 Batu Kikir,
Negeri Sembilan.

5 April 2009.

Menemui sahabatku yang diingati selalu, Mia yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera.

Saudara,
Surat saudara telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudara masih mengingati saya.

Dalam surat saudara yang lepas, saudara bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan.

Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik.

Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan yang bersekolah di Kuala Lumpur.

Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar dan kem motivasi untuk calon-calon UPSR. Kami banyak mendapat pendedahan tenteang cara-cara belajar yang betul.

Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga.

Sahabatmu,

Ifah
(Norafifah bt. Khairul Salleh)

26 ulasan:

  1. Bagus awak punya karangan..mesti dapat A punya karangan...

    BalasPadam
  2. Tapi apapun.. Hebat.. !!!

    BalasPadam
  3. D sekolah cikgu mengajar cara yg berbeza seperti mana yg awk tulis... Maaf jika tersinggung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cube kamu bertanye kepade cikgu kamu semula balqis....

      Padam
    2. cikgu kamu ajar mcm mana???

      Padam
  4. knp tarikh dan tandatangan kat sebelah kiri???
    bknnya sebelah kanan???

    BalasPadam
  5. terima kasih atas karangan yang bagus ini..

    BalasPadam
  6. sudah2... jangan kepoh... mungkin die nak cepat , tu la pasal die tulis kat sebelah kiri.....
    !!!GOOD JOB!!!

    BalasPadam
  7. saya x pernah jumpa karangan macam ni .

    BalasPadam
  8. ini berapa patah perkataan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betol2..jgn2 100 je pth prkataan..mcm bdk drjh 2 pny krgan ! saya xsuka krgan ni !

      Padam
    2. wei bodoh x suka x yah kutuk karangan ni.....dah terang terang kau boleh dapat agak yg karangan dia dah lebih 100 .....lupa pulak yg kau ni bodoh

      Padam
  9. terima kasih kerana membantu

    BalasPadam
  10. mesti dapat A dan karangan yang sangat baik
    GOOD JOB

    BalasPadam
  11. Karangan yg bagus walaupun tanda tgn di sebelah kiri..apapun,terima kasih atas perkongsian idea yg kak ifah berikan.. sebenarnya,pd semua pengkomen,bknnya kita kena tiru bulat2 karangan ni..kita boleh tambah lagi isi yg lebih bernas..dan berkongsi idea..apapun,TAHNIAH atas karangan yg sangat menarik ini !

    BalasPadam
    Balasan
    1. baguslah awk punya komen..saya rasa awk ni pandai membuat karangan..saya setuju dgn awk punya komen..kita boleh tambahkan lagi isi2 yg lebih yg bernas dn berkongsi idea dan pendapat..sebagai seorang rakyat Malaysia,kita kena lah BERSATU PADU !

      Padam
    2. Terima Kasih ''Tanpa Nama'' *diatas saya ini* ! Benar kata kamu..kita mestilah bersatu dan sentiasa bertolak-ansur.. tiada seseorang pun yg tidak prnh melakukan kesalahan.. lagipun,karangan ni bukan senang untuk dilakukan.. hanya kpd sesiapa yg mempunyai pengetahuan yg luas sahaja. jd,marilah kita bersama2 berkongsi idea agar semua murid tidak kira umur dpt menambahkan lagi isi pengetahuannya.

      Padam
    3. hAi ! BoLeH KiTa BeRkEnAlAn ? SaYa Ni TaK pAnDaI bUaT kArAnGaN..

      Padam
    4. Hai Alia.. Saya owner kpd comment ni .. nama saya Fira..

      Padam
  12. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI bukan TANDA TANGAN sebelah KANAN ke ?

    BalasPadam
  13. Nama mestilah ditulis dgn lengkap..bknnya nama singkatan.. *komen dari saya*

    BalasPadam