Selasa, 23 Jun 2009

Karangan Bahasa Malaysia UPSR Bahagian B

Soalan: Aku sedang berjalan pulang dari kantin sekolah. Apabila aku sampai di kelas Tahun Satu Jupiter, aku terdengar seorang budak sedang menangis. Aku pun…
Mulakan karangan kamu dengan rangkai kata “Aku pun…”


Aku pun menghampiri budak itu. Dia kelihatan amat sedih dan cuba menyembunyikan mukanya agar aku tidak dapat memandang wajahnya.

“Mengapa kamu menangis?” aku bertanya perlahan. Pertanyaanku tidak dijawab oleh budak itu.Aku cuma dapat mengagak mungkin dia masih berasa takut. Maklumlah baru tiga hari bersekolah. Dahulu, aku pun mengalami perasaan sedemikian.

“Kak, saya berasa lapar. Nasi yang dibekalkan oleh ibu saya telah tertumpah. Saya hendak ke kantin, tapi saya takut,” tiba-tiba budak itu bersuara perlahan. Pada saat itu juga aku terpandang nasi bertaburan di bawah kerusinya.

Aku pun berasa kasihan melihatnya. Tanbahan pula, kejadian ini pernah menimpa diriku kira-kira lima tahun yang lalu. Aku pun mengajaknya pergi ke kantin sekolah untuk membeli makanan.

Sampai di kantin, aku membelikannya sebungkus nasi lemak dan segelas air sirap. Kemudian aku menyuruh budak itu makan. Budak itu pun makan dengan begitu berselera. Mungkin lapar agaknya.

Setelah selesai makan, budak itu pun mengucapkan terima kasih kepadaku kerana sudi membelanjanya di kantin. Tidak lama kemudian, loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Kami pun beriringan menuju ke tempat perhimpunan sebelum beratur masuk ke kelas masing-masing.

3 ulasan:

  1. Ada beberapa kesalahan ejaan.
    Keseluruhannya baik.
    26/30 markah

    BalasPadam
  2. bg0slah 26/30... :D

    BalasPadam
  3. The King casino - Vie Casino
    The king casino is a perfect place to 우리카지노 learn how to win at the vua nhà cái casino. fun88 soikeotot It was established in 2016 by gambling experts, and in the same year,

    BalasPadam