Khamis, 2 Julai 2009

Karangan Laporan

Soalan: Baru-baru ini, sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Kamu telah ditugaskan menulis laporan tentang kejohanan itu untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Sediakan laporan itu selengkapnya.


Laporan Kejohanan Sukan Tahunan


Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.

Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai aksi murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan membawa bola pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara olahraga bermula dengan acara 100 meter, 200 meter dan 4×100 meter.

Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa rehat, pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do sekolah. Kemudian murid-murid tahun 1 pula telah membuat persembahan senamrobik.

Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Amirul Anuar dan adik Nur Amni sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini.

Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini. Sebelum bersurai, murid-murid telah membantu guru-guru membersihkan padang. Kejohanan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, 30 MAC 2009

Ifah
(NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH)
Wartawan,
Majalah sekolah,
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.

37 ulasan:

  1. Awka sekolah di mana?Adakah awak yang menulis karangan laporan ini? Awak ada e-mail tak?Kalau ada saya ingin bukalah e-mail awak

    BalasPadam
  2. THARVEEN A/L ODAYA KUMAR4 April 2010 pada 9:16 PTG

    BAGUS!!!!!! SAYA AMAT SUKA INI!!!!!! KALAU ADA MASALAH TENTANG KARANGAN - KARANGAN,BOLEHLAH MENCARINYA DI SINI!!YANG PENTING TERHADAP INI IALAH TAK PAYAH MEMBAYAR SEBARANG DUIT!!!
    BAI-BAI-BAI-BAI!!!!GOOD LUCK##4$%%**!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. addu ennadu pakatule good luck pakkutele

      Padam
  3. saya nak belajar karangan ni untuk saya upsr bulan 9 ni nanti!!!!kalau tak belajar nanti,habislah...tau2 jelah!!!siapa yang rugi dalam peperiksaan???

    BalasPadam
  4. intan nurjannah binti ezaha..11 Jun 2010 pada 3:21 PG

    saya suka karangan ni...kalau mas0k perikse mesti dpt A!!!good luck!

    BalasPadam
  5. intan nurjannah binti ezaha:)11 Jun 2010 pada 3:33 PG

    kesukanan ni betul2 ke tipu2...???:)

    BalasPadam
  6. mestilah betul....!!!!!!!!

    BalasPadam
  7. lega masalah sudah selesai.
    kamsamida iffah......!!!!!

    BalasPadam
  8. so koya ah..gurau jerr

    BalasPadam
  9. wah!!....bgus laporan adx...
    tingkatkan lagi....

    BalasPadam
  10. suke..suke..suke

    BalasPadam
  11. ini lah contoh karangan yang terbaek......bukan terbalik....

    BalasPadam
  12. wahhh ni masuk UPSR tahun 2011 ni

    BalasPadam
  13. bgos2.........................hik2

    BalasPadam
  14. oh kak iffah. k0 mmg pandai bwt karangan. thx! :D
    kamsahamnida..!!

    BalasPadam
  15. the best,saya bh guna untuk upsr tahun ni

    BalasPadam
  16. terbaik. terima kasih kerana ia membantu saya dalam kerja rumah

    BalasPadam
  17. nor aisyah farhana5 Mac 2012 pada 3:52 PG

    karangan ini bagus kerana ianya mempunyai apa yang diperlukan oleh saya.jika ada masalah dalam membuat kerja rumah saya akan rifer disini sahaja

    BalasPadam
  18. bestnya saya boleh gunakan ini untuk exam

    BalasPadam
    Balasan
    1. jangan tulis dekat kertas pulak, lepas tuh kamu tiru masa exam....
      ayokk.......tak tayok........balik rumah makan periyukk.......

      Padam
    2. SAYA TAK BOLEHLAH.CIKGU SAYA MARAH

      Padam
  19. ni kat dalam buku skarangan saya pon ada nih.....

    BalasPadam
  20. I like this helpful piece of writing.......thx

    BalasPadam
  21. terima kasih,saya dapat jawab karangan b dalam upsr thanks.

    BalasPadam
  22. depan tak payah tinggal ruang ke ?

    BalasPadam
  23. soalan sma mcm soalan yang sy cari (y)

    BalasPadam